Sudut Bacaan
SINGAPURA: Harga emas naik ke paras tertinggi dalam tempoh lapan bulan melepasi AS$1,900 seauns, apabila pertikaian yang berpanjangan di Ukraine mencetuskan permintaan terhadap aset lindung nilai itu.
Amerika Syarikat (AS) meningkatkan amaran mengenai kemungkinan serangan Russia, dengan Presiden Joe Biden berkata operasi 'false flag' mungkin sedang dijalankan.
Moscow berkata, tiada pencerobohan dirancang, namun memandangkan cadangan jaminan keselamatan daripada AS adalah tidak memuaskan, Russia mungkin terpaksa menggunakan 'langkah teknikal ketenteraan'.
Emas menuju kepada kenaikan mingguan ketiga di tengah-tengah ketegangan geopolitik yang memuncak.
Logam berharga itu membuat permulaan yang kukuh tahun ini, melonjak ke paras tertinggi sejak Jun, kerana kemungkinan konflik di Eropah meningkatkan harganya.
Komoditi itu bersedia untuk mencatatkan peningkatan mingguan kali ketiga walaupun Rizab Persekutuan (Fed) AS sedang bersedia untuk menaikkan kadar, yang dijangka boleh mengurangkan permintaan terhadap logam berharga berkenaan.
"Emas dijangka kekal tidak menentu," kata pengurus pembangunan perniagaan di Guardian Gold Australia, John Feeney.
"Kita masih boleh melihat emas menambah sejumlah yang besar daripada berita rasmi pencerobohan," kata Feeney, sambil menambah bahawa kemungkinan terdapat penurunan harga emas sebanyak AS$50 atau lebih jika keadaan kembali tenang.
Penganalisis Citigroup Inc termasuk Aakash Doshi menaikkan unjuran bagi harga emas jangka terdekat kepada AS$1,950 daripada AS$1,825, dengan memetik ketegangan geopolitik.
Harga emas spot naik sebanyak 0.2 peratus kepada AS$1,902.48 seauns, tertinggi sejak 11 Jun dan didagangkan pada AS$1,901.13 dalam urus niaga pagi di Singapura.
Indeks Spot Dolar Bloomberg pula tidak banyak bergerak.
Harga perak dan paladium adalah stabil, manakala platinum meningkat.
-Bloomberg
Pengeluar Emas Terbanyak Di Dunia
Kita biasanya melihat emas dalam bentuk seperti barang kemas dan perhiasan, serta mengkaguminya kerana keindahan, nilai dan keabadiannya.
Tetapi sebelum emas dijadikan barang perhiasan, ia melalui proses pengeluaran yang panjang dan sukar, yang bermula dengan proses perlombongan.
Walaubagaimanapun, penularan wabak Covid-19 di seluruh dunia telah memberi impak besar kepada ekonomi dunia, sehingga menyebabkan pengeluaran emas global menurun berbanding tahun 2019.
Jadi dalam video kali ini kita akan melihat 10 negara pengeluar emas terbesar di dunia bagi tahun 2020. Teruskan menonton.
KUANTAN – Seorang suri rumah di Bentong kerugian RM11,000 selepas diperdaya penjual emas yang mengadakan jualan murah di laman Instagram, semalam.
Kejadian bermula apabila wanita berusia 30 tahun itu tertarik selepas melihat iklan disiarkan pemilik akaun Instagram Kedai Emas Lelong ketika melayari laman sosial berkenaan di rumahnya petang semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa melakukan pembelian gelang emas seberat 7.86 gram berharga RM299 seperti diiklankan suspek.
“Mangsa telah membuat transaksi pemindahan wang sebanyak lapan kali melibatkan jumlah keseluruhan RM11,000.
“Seterusnya mangsa diarahkan suspek untuk memasukkan pula wang proses pengiriman gelang emas tersebut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Mohd. Wazir menambah, mangsa bagaimanapun berasa curiga sejurus diminta membuat bayaran tambahan sedangkan telah membayar RM11,000 sebelum itu.
Mangsa tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong semalam dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
– K! ONLINE
KREDIT :
Kenapa Emas Bernilai Dan Mahal
Emas telah digunakan sejak beribu ribu tahun dahulu. Ia juga telah dirujuk sebagai sumber kekayaan bagi seseorang yang memilikinya. Walaupun dahulu ia digunakan sebagai perhiasan dan mata wang, tetapi kini, emas telah digunakan dalam pelbagai produk, seperti telefon, kenderaan, barangan elektronik, dan banyak lagi. Emas bukanlah logam yang sukar diperolehi, namun kenapa sangat bernilai?
SUMBER : APHD CHANNEL