22. Dec, 2020

Mali rampas 88 jongkong emas bernilai RM34.44 juta

AMAKO - Pegawai-pegawai kastam di selatan Mali merampas sejumlah jongkong emas bernilai AS$8.5 juta (RM34.44 juta) dari dalam sebuah kereta, kata beberapa pegawai semalam.


Emas seberat 143 kilogram itu didakwa akan dihantar ke negara jiran, Guinea.

ADVERTISING

Sempadan Mali mudah menjadi laluan penyeludup dan rampasan emas kerap kali dilakukan oleh pihak berkuasa.


Sebanyak 88 jongkong emas itu ditemui pada malam Sabtu lalu dan akan dieksport tanpa pengetahuan para pegawai kastam, kata Timbalan Ketua Pengarah Kastam Mali, Amidou Fakourou Bakagha.

"Ia (eksport tanpa pengetahuan pegawai-pegawai kastam) mungkin akan menjejaskan ekonomi kami," tambahnya.

Mali yang miskin dan terletak di barat Afrika merupakan pengeluar emas kelima terbesar di benua itu, kata Bank Dunia. - AFP
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/115874/GLOBAL/Mali-rampas-88-jongkong-emas-bernilai-RM3444-juta
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Credit : SINAR HARIAN
22 DEC 2020