5. Mar, 2021

“Beli Emas Ribu-Ribu Akhirnya Tak Laku”- Lelaki Kongsi Tip Kenali Emas Palsu

EMAS perhiasan terbaik buat wanita. Memakai barangan yang berkilauan itu seakan dapat memberikan ‘semangat’ kepada diri pemakai untuk tampil cantik.

Rekaan unik dan elemen yang unggul itu betul-betul mempesonakan hati kaum wanita yang sememangnya lembut dan sopan.

 

Namun, perlulah berhati-hati dengan emas palsu.

Bagi mengelakkan diri daripada terbeli emas palsu ini, seorang pengguna Facebook bernama Azizul Azli Ahmad yang juga seorang perunding kewangan ada menerangkan berkenaan tips untuk mengenali emas palsu.