16. Jul, 2021

PKPD Selangor tamat, SOP Fasa 1 PPN berkuat kuasa

KUALA LUMPUR: Kerajaan menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 34 mukim di Selangor bermula tengah malam ini.

Pengumuman itu menyaksikan Selangor kembali ke Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan orang ramai masih perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti ditetapkan dalam fasa berkenaan.

Berikut adalah SOP Fasa 1 PPN yang perlu dipatuhi:

- Tiada rentas negeri dan daerah bagi semua individu termasuk suami isteri jarak jauh tanpa kebenaran.

- Hanya dua orang dalam kereta untuk membeli barang keperluan, untuk perjalanan perubatan, dua orang dan pesakit dibenarkan.

- Perjalanan tidak boleh melebihi 10 kilometer dari rumah.

- Hanya keluar untuk membeli barang keperluan harian, bekalan perubatan atau untuk penjagaan kesihatan.

- Tiada perintah berkurung, tetapi dinasihatkan supaya tidak keluar selepas jam 8 malam.

- Pergerakan merentas daerah dan negeri bagi tujuan vaksinasi COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di luar daerah atau negeri tempat tinggal dibenarkan dengan menunjukkan butiran janji temu di aplikasi MySejahtera, laman web atau SMS.

- Hanya pemandu dan penumpang (di tempat duduk belakang) dibenarkan menggunakan kereta atau teksi e-hailing.

- Hanya joging dan latihan yang dibenarkan di kawasan terbuka di sekitar kawasan perumahan dari jam 7 pagi hingga jam 8 malam.

- Makan di premis atau letak kenderaan dan makan tidak dibenarkan.

Protokol Kesihatan UMUM

- Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan untuk berada di tempat dan kemudahan awam kecuali bagi tujuan kecemasan, rawatan, pendidikan dan senaman.

- Pemegang lesen dan pemilik premis mengehadkan bilangan pelanggan berada di premis dengan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter dalam sesuatu masa.

- Setiap premis perlu memaparkan jumlah had kemasukan pelanggan pada sesuatu masa.

- Semua pemilik bangunan perlu menyediakan Kod QR di setiap aras.

- Pekerja, pembekal dan pelanggan diwajibkan memakai pelitup muka dengan betul mengikut saranan KKM ketika berada di premis.

Perkhidmatan Awam

- Melaksanakan kaedah Bekerja Dari Rumah (BDR) sepenuhnya tidak termasuk perkhidmatan frontliners, keselamatan, pertahanan dan penguatkuasaan.

- Kehadiran di pejabat hanya dibenarkan bagi perkhidmatan perlu dan tidak melebihi 20 peratus pada satu-satu masa berdasarkan keutamaan kepada proses kerja yang tidak boleh dilaksanakan secara BDR.

Perkhidmatan Swasta

- Semua sektor perkhidmatan perlu yang diluluskan oleh kementerian atau agensi yang berkaitan boleh beroperasi dalam tempoh PPN tertakluk kepada surat kelulusan kementerian yang berkaitan berkuat kuasa mulai 1 Jun 2021. Pergerakan pekerja adalah tertakluk kepada pendaftaran atau surat kelulusan beroperasi atau pas pekerja atau surat pengesahan majikan.

- Kapasiti kehadiran pekerja bagi sektor swasta dalam perkhidmatan perlu termasuk operasi dan pengurusan terhad kepada 60 peratus.

Pendidikan

- Semua Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, Institut Latihan Kemahiran, sekolah selain di bawah KPM, pusat tahfiz dan institusi-institusi pendidikan lain ditutup.

- IPT di bawah kawal selia KPT diteruskan secara dalam talian.

- Semua sekolah dan institusi pendidikan di bawah KPM, institusi pendidikan swasta kategori sekolah dan pusat tuisyen, pusat bahasa, pusat kemahiran, pusat bimbingan dan lain-lain yang berdaftar bawah KPM ditutup.

- Hanya murid sekolah antarabangsa dan sekolah ekspatriat yang terbabit dengan peperiksaan antarabangsa dibenarkan hadir untuk menduduki peperiksaan mengikut jadual peperiksaan yang telah ditetapkan oleh badan peperiksaan antarabangsa.

- Semua aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka tidak dibenarkan kecuali kepada pelajar IPT yang berkeperluan.

- Peperiksaan antarabangsa dan badan profesional serta aktiviti penyelidikan yang memerlukan kemudahan makmal di IPT dibenarkan mengikut SOP IPT berkenaan dan pergerakan perlu disertai dengan pengesahan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) atau IPT berkaitan.

- Pelajar yang berada di asrama, universiti atau institusi pendidikan dibenarkan untuk berada di asrama, universiti atau institusi pendidikan dan meneruskan pembelajaran secara hibrid.

Keagamaan

- Solat di masjid dan surau dibenarkan, terhad kepada 12 ahli jawatankuasa. Aktiviti keagamaan lain tidak dibenarkan.

- Akad nikah untuk orang Islam hanya dibenarkan di pejabat jabatan agama negeri.

- Pendaftaran perkahwinan untuk orang bukan Islam dibenarkan di Jabatan Pendaftaran Negara.

- Kegiatan keagamaan lain untuk orang bukan Islam di rumah ibadat hanya dibenarkan untuk 12 ahli jawatankuasa.

- Pengebumian mengikut garis panduan oleh pihak berkuasa agama negeri (untuk orang Islam) dan Kementerian Perpaduan Nasional (untuk orang bukan Islam).

Perkhidmatan perniagaan

- Makanan dan minuman untuk penghantaran atau dibawa pulang (6 pagi hingga 10 malam).

- Perubatan dan penjagaan kesihatan, termasuk doktor haiwan.

- Air.

- Tenaga.

- Keselamatan.

- Sisa pepejal, pengurusan kumbahan.

- Pengangkutan darat, udara dan air.

- Pelabuhan, lapangan terbang, termasuk pengurusan kargo.

- Komunikasi, termasuk perkhidmatan media, telekomunikasi, surat dan kurier.

- Perbankan, insurans, takaful dan pasaran modal.

- Kredit komuniti, seperti pajak gadai.

- E-dagang dan teknologi maklumat.

- Pengeluaran, penyimpanan, pembekalan dan pengedaran bahan bakar dan pelincir.

- Hotel dan penginapan, hanya untuk tujuan kuarantin.

- Pembinaan, penyelenggaraan dan pembaikan kritikal (kapasiti dioptimumkan).

- Perhutanan (terhad kepada penguatkuasaan) dan hidupan liar.

- Logistik untuk perkhidmatan penting.

- Pasar raya, kedai serbaneka, farmasi, kedai runcit, pelbagai kedai. Terhad untuk barang keperluan.

- Pasar pagi (6 pagi hingga 2 petang), pasar borong (tengah malam hingga 6 pagi, 11 pagi hingga 4 petang).

- Stesen minyak (6 pagi hingga 8 malam kecuali yang terletak di lebuh raya dengan tol).

- Restoran (kecuali makan di premis), termasuk gerai makanan.

- Perkhidmatan dobi, termasuk layan diri.

- Kedai haiwan peliharaan.

- Pakar optik.

- Kedai perkakasan.

- Bengkel kenderaan.

- E-dagang (semua kategori produk).

- Pemborong dan pengedaran (barang dan perkhidmatan penting sahaja).

CREDIT BERITA HARIAN

Mohd Iskandar Ibrahim - Julai 16, 2021 @ 10:23pm

 
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/07/840263/pkpd-selangor-tamat-sop-fasa-1-ppn-berkuat-kuasa