news

16. Jul, 2021

Sony Xperia 1 III quick review #shorts

16. Jul, 2021
KUALA LUMPUR: Tempoh pendaftaran bagi pemohonan baharu Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 akan dibuka mulai 15 hingga 31 Julai, 2021 secara dalam talian, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Beliau berkata menerusi proses pendaftaran baharu ini, sebahagian kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro yang berstatus tidak lulus dan belum menerima GKP masih diberi ruang supaya mengemukakan permohonan untuk dibuat verifikasi semula.
 
 
"PKS mikro yang layak untuk GKP 4.0 adalah perniagaan yang menepati kriteria PKS mikro dan juga berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, pihak berkuasa tempatan atau Lembaga Hasil Dalam Negeri setakat 30 Jun, 2021," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
 
Beliau berkata bayaran daripada peruntukan GKP 4.0 berjumlah RM1 bilion itu akan dibuat pada September 2021 iaitu sebanyak RM500 dan November 2021 berjumlah RM500 melibatkan penerima GKP sedia ada dan juga pemohon yang baharu diluluskan.
Tengku Zafrul berkata penerima GKP sedia ada tidak perlu membuat sebarang permohonan.
"Secara keseluruhan, jumlah peruntukan yang telah dan akan disalurkan kepada hampir satu juta PKS mikro di bawah GKP semenjak COVID-19 melanda negara adalah RM6.1 bilion.
"Kerajaan berharap agar bantuan langsung berterusan yang disalurkan kepada PKS mikro ini akan meringankan beban mereka, terutama perniagaan yang masih tidak dibenarkan beroperasi pada ketika ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
16. Jul, 2021

KUALA LUMPUR: Golongan yang tidak terjejas dengan pengurangan pendapatan atau aliran tunai digesa supaya tidak mengambil moratorium dan kemudahan i-Citra oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ketua Pegawai Eksekutif iMoney, See Wai Hun, berkata saranan itu berdasarkan impak kewangan yang akan ditanggung daripada faedah terakru yang perlu dibayar dalam tempoh pinjaman atau pembiayaan kelak jika mengambil moratorium.

Bagi i-Citra pula, beliau menjelaskan, golongan yang disarankan tidak mengambil kemudahan kewangan itu perlu membiarkan simpanan kekal dalam akaun KWSP untuk menjana pulangan dividen pada masa depan.

"Saya menyarankan golongan yang tidak terjejas untuk tidak mengambil moratorium enam bulan dan pengeluaran i-Citra kerana kedua-dua kemudahan ini memiliki impak kewangan pada masa depan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam webinar bertajuk : Managing Debt for Peace of Mind anjuran Experian dengan kerjasama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan iMoney.

Yang turut serta, Pengurus Kanan dan Ketua Pengguna Langsung Experian, Zuraidah Ahmad; dan Penasihat Kewangan yang Timbalan Pengurus AKPK, Yeo Wee Kiak.

Mengulas lanjut, Wai Hun berkata, walaupun tiada faedah atas faedah dan penalti lewat bayar menerusi moratorium ditawarkan, namun peminjam tetap perlu membayar faedah/keuntungan di atas penangguhan pembayaran selama enam bulan pada akhir tempoh pinjaman/pembiayaan.

"Justeru, pengambilan moratorium akan meningkatkan kos pinjaman/pembiayaan. Sebagai contoh, pinjaman/pembiayaan perumahan berjumlah RM150,000 dengan kadar faedah/keuntungan 3.25 peratus dan ansuran bulanan RM528.

"Jika ambil moratorium, anda tidak perlu bayar ansuran selama enam bulan, tetapi faedah terakru akan dikenakan adalah sekitar RM6,000 yang perlu dijelaskan pada akhir tempoh pinjaman/pembiayaan.

"Ada baik dan buruknya. Jadi, jika anda tidak perlukannya (moratorium) ada wajar tidak mengambilnya kerana lebihan wang yang ada berkemungkinan digunakan untuk tujuan lain yang tidak memberi pulangan atau keuntungan," katanya.

Beliau menjelaskan, wang i-Citra yang tidak dikeluarkan pula akan menjana pulangan yang baik memandangkan KWSP menawarkan dividen kompetitif setiap tahun.

"Jika tidak perlukannya, seeloknya biarkan sahaja dalam akaun KWSP. Dividen KWSP lebih baik berbanding anda melabur dalam deposit tetap. Ia juga untuk simpanan hari tua," katanya.

Wai Hun berkata, pemohon moratorium dan i-Citra seharusnya memikirkan keperluan jangka pendek dan panjang sebelum memutuskan untuk mengambil tawaran terbabit.

"Anda perlu memikirkan beberapa perkara iaitu mengapa perlukan duit; apa keperluan untuk mengambil moratorium; adakah ia akan mengimbangi keperluan semasa dan jangka panjang; dan apa sumber yang ada sekarang serta bagaimana untuk mengimbanginya bagi membolehkan penggunaan yang optimum.

"Saya sarankan mereka yang terjejas pendapatan, pekerjaan dan aliran tunai saja yang mengambil tawaran moratorium dan i-Citra," katanya.

 CREDIT BERITA HARIAN
Oleh Mohd Zaky Zainuddin - Julai 15, 2021 @ 2:09pm